Syarikat menerapkan toleransi sifar terhadap segala bentuk rasuah dan korupsi seperti yang dinyatakan dalam Dasar Anti-Rasuah dan Anti-Korupsi. Semua Pekerja dan wakil perlu menerapkan prinsip-prinsip etika, integriti, keadilan dan bertanggungjawab dalam semua aspek aktiviti perniagaan Urusharta Jamaah.
Perutusan daripada Ketua Pegawai Eksekutif
Visi Urusharta Jamaah Sdn. Bhd. (UJ) adalah untuk menjadi syarikat pengurusan aset yang bertanggungjawab serta memberikan pertumbuhan yang lestari dan berterusan. Dalam menjalankan kegiatan operasi dan perniagaannya, UJ terus berusaha untuk mencapai hasil kewangan dan operasi yang unggul di samping sentiasa mematuhi “Kod Etika Perniagaan” kami.
Selaras dengan kedudukan UJ sebagai sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan (Diperbadankan) dan dalam usaha yang berterusan untuk mengekalkan kecekapan, ketelusan dan integriti yang tinggi dalam pengurusan dan perniagaan hariannya. Kepintaran, profesionalisme dan dedikasi setiap pekerja dan wakil Syarikat akan memastikan bahawa Urusharta Jamaah berada pada kedudukan yang baik untuk kejayaan yang berterusan dalam jangka masa panjang.
Kod Etika Perniagaan ini menetapkan pernyataan dasar penting yang berkaitan dengan piawai tingkah laku perniagaan. Sebagai Majikan Urusharta Jamaah, setiap orang perlu mematuhi Kod yang selaras dengan perubahan undang-undang dan amalan.
Piagam Lembaga berfungsi sebagai satu set panduan untuk piawai etika dan kod tingkah laku oleh Lembaga Pengarah (“Lembaga”) UJ untuk dicontohi sewaktu menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka. Lembaga Pengarah sedar akan kepentingan integriti, ketelusan, dan kehormatan apabila dilantik sebagai anggota Lembaga yang dipercayai.
Piagam Lembaga diperkembangkan dengan mempertimbangkan amalan korporat yang terbaik dan sesuai dengan piawai tadbir urus korporat tertinggi. Oleh itu, setiap anggota Lembaga mestilah menegakkan nilai-nilai yang dinyatakan dalam dokumen ini dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan. Dalam hal ini, UJ mengutamakan kejujuran tanpa kompromi.
Piagam ini berfungsi sebagai rujukan bagi Lembaga dalam melaksanakan tanggungjawab mereka dan boleh dikaji semula dan diperbaharui dari semasa ke semasa, agar sesuai dengan amalan, undang-undang, dan peraturan korporat terbaik, serta mencerminkan relevansi penerapannya dalam UJ.
Kod Tatakelakuan Pembekal boleh dimuat turun di bawah:
Urusharta Jamaah komited untuk memperkukuhkan aspirasi-aspirasi Kerajaan untuk bekerjasama dengan perniagaan kecil dan syarikat swasta dalam urusan perniagaan seharian. Oleh itu, UJ telah menetapkan Kod Tingkah Laku Penjual (‘Kod”) untuk pemerhatian dan penerapan oleh rakan-rakan perniagaan UJ.
Kod tersebut menggariskan kepentingan tingkah laku perniagaan yang beretika, yang harus dijadikan asas bagi Penjual. UJ mendorong Penjualnya untuk menerapkan piawaian tanggungjawab dengan etika tertinggi dalam perniagaannya dan juga ketika berkhidmat untuk UJ. UJ komited dalam mengenalpasti sumber dan bekerjasama dengan perniagaan yang menyokong prinsip-prinsip yang sama seperti tertera dalam Kod.
Kod ini berfungsi sebagai rujukan bagi Penjual UJ dalam melaksanakan tangungjawab mereka dan boleh dikaji semula dan diperbaharui dari semasa ke semasa, bagi menyelaraskan amalan, undang-undang dan peraturan korporat yang terbaik, serta mencerminkan relevansi penerapannya dalam UJ.
Urusharta Jamaah komited untuk menjaga integriti, keterbukaan dan kebertanggungjawaban yang tinggi dalam menjalankan perniagaan dan operasinya serta memandang serius setiap kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana Pekerja, Pengurusan, Pengarah, Anggota Panel dan Pembekalnya, khususnya berkenaan dengan tanggungjawab mereka terhadap kepentingan Syarikat.
Sebagai bukti komitmen Urusharta Jamaah untuk mempromosikan amalan tadbir urus korporat yang baik dan menanamkan budaya integriti di seluruh syarikat, sukacita kami memperkenalkan Saluran Pemberian Maklumat sebagai platform bagi semua pihak yang berkepentingan untuk menyalurkan sebarang kebimbangan berkenaan salah laku atau Kelakuan yang Tidak Wajar tanpa rasa bimbing akan tindakan balas.
Mana-mana pihak boleh melaporkan aduan Pemberian Maklumat sekiranya mereka mempunyai maklumat berkaitan apa-apa salah laku, termasuk tetapi tidak terhad kepada yang berikut:
Urusharta Jamaah komited untuk memastikan kerahsiaan adalah rapi dan tidak akan bertolak ansur dengan tindakan balas atau hukuman yang diambil berkenaan dengan laporan atau aduan yang dibuat dengan niat baik.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Dasar Pemberian Maklumat dan Kod Etika Perniagaan Urusharta Jamaah.
1. Anda diminta untuk memuat turun dan mengisi butiran seperti yang disediakan dalam Borang Pemberian Maklumat.
2. Berdasarkan jenis pendedahan, hantarkan Borang Pemberian Maklumat kepada salah satu alamat e-mel khusus berikut*:
Pendedahan Tahap 1
Pendedahan yang melibatkan Ketua Pegawai Eksekutif, ahli panel yang dilantik oleh Lembaga atau ahli Lembaga.
Untuk pesanan terus kepada Pengerusi Lembaga Pengarah:
whistleblowing.cbod@ujsb.com.my
Pendedahan Tahap 2
Untuk semua Pendedahan lain yang bukan merupakan Pendedahan Tahap 1.
Untuk pesanan terus kepada Ketua Jawatankuasa Audit & Risiko:* Semua pendedahan akan diuruskan secara sulit.
3. Dasar Pemberian Maklumat dan Borang Pemberian Maklumat boleh dimuat turun di bawah:
Level 28, MOF INC. Tower,
No. 9, Persiaran KLCC,
Kuala Lumpur,
50088 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Tel: 03-2022 5556
Fax: 03-2022 5501
© 2021 Urusharta Jamaah Sdn Bhd 201801045610 (1307642-V). All Rights Reserved. Terms and Conditions.
This site is best viewed with a screen resolution of 1920 x 1080 pixels, and is also mobile responsive.