BARISAN PENGURUSAN

BARISAN PENGURUSAN
   
BARISAN PENGURUSAN

LEMBAGA PENGARAH

1 dato shukri thumbnail

YBhg. Dato’ Mohd Shukri Hussin

Pengerusi

My project-1 (6)

YBhg. Dato’ Dr. Amiruddin bin Muhamed

Pengarah

Datuk Adinan Maning

YBhg. Datuk Adinan Bin Maning

Pengarah

Dato Othman

YBhg. Dato’ Othman Bin Semail

Pengarah

Dato Ir Jauhari

YBhg. Dato’ Ir Jauhari Hamidi

Pengarah

Dato' Andri Aidham

YBhg. Dato’ Andri Aidham Bin Dato’ Ahmad Badri

Pengarah

Dr Zahar

YBrs. Dr. Zaharuddin Abdul Rahman

Pengarah

BARISAN PENGURUSAN
   
BARISAN PENGURUSAN

PANEL PELABURAN

Didi Syafruddin

YBrs. Encik Didi Syafruddin Yahya

Pengerusi

My project-1 (6)

YBhg. Dato’ Dr. Amiruddin bin Muhamed

Ahli

Dato Sheridan

YBhg. Dato’ Mohd Sheridan Bin Ramli

Ahli

Azian Kassim@2x

YBrs. Puan Azian Kassim

Ahli

1 dato shukri thumbnail

YBhg. Dato’ Mohd Shukri Hussin

Ahli

   
KEPIMPINAN
   
KEPIMIPINAN
    OUR LEADERS

BARISAN PENGURUSAN

Abdul Majeed K Kunheen

Ketua Pegawai Eksekutif

Kelayakan:

Majeed memegang Ijazah Sarjana Muda Perdagangan (Perakaunan) dari University of New South Wales, Australia. Beliau adalah Felo dari Institute of Chartered Accountants in Australia and New Zealand.

Pengalaman:

Majeed mempunyai pengalaman selama lebih 28 tahun dalam bidang kewangan di dalam and luar negara. Beliau memulakan kerjayanya bersama KPMG, Melbourne pada tahun 1994. Selepas 3 tahun, Majeed menyertai PETRONAS dan telah memegang beberapa jawatan dengan Kumpulan PETRONAS. Jawatan terakhir beliau semasa di PETRONAS ialah sebagai Ketua Pegawai Kewangan, PETRONAS Lubricants International dari Disember 2010 hingga April 2015.

Pada Mei 2015, Majeed menyertai syarikat QSR Brands (M) Holdings Sdn. Bhd., sebagai Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan, dimana beliau memegang jawatan tersebut hingga April 2018. Sebelum menyertai UJ, beliau merupakan seorang Pengarah Kewangan dan Strategi Korporat di Icon Offshore Berhad sebelum dilantik sebagai Pengarah Operasi (Kapal) pada Disember 2021.

Kini, Majeed memegang jawatan sebagai Pengarah di syarikat subsidiari UJ iaitu UJ Hotels & Resorts Management Services Sdn Bhd dan UJ Estates (Holdings) Sdn Bhd.

Mohamed Fairuz Kamilan

Ketua Pegawai Pelaburan

Kelayakan Akademik:

Fairuz memiliki Ijazah Sarjana Muda Perniagaan (Perancangan Kewangan) dari RMIT University, Australia dan mempunyai lebih 16 tahun pengalaman bekerja yang diperolehnya sejak 2006.

Pengalaman:

Sebelum menyertai UJ, Fairuz berkhidmat dengan AIIMAN Asset Management dan AHAM Asset Management selama 10 tahun, menguruskan dana untuk entiti berkaitan kerajaan dan dana pencen.

Fairuz memulakan kerjayanya sebagai pelatih pengurusan dengan HSBC, sebelum menyertai Khazanah Nasional Berhad pada 2008.

Khalid Mohd Amin

Ketua Pengurusan Hartanah

Kelayakan Akademik:

Khalid lulus dari Universiti Teknologi Malaysia dan memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Pengurusan Hartanah. Beliau juga merupakan Pengurus Hartanah berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta (LPPEH) dan merupakan Ahli Graduan Institution of Surveyor, Malaysia (ISM).

Pengalaman:

Khalid kini merupakan Ketua Pengurusan Hartanah Urusharta Jamaah. Beliau juga merupakan ahli Jawatankuasa Eksekutif Pengurusan.

Khalid mempunyai lebih 28 tahun pengalaman dalam industri hartanah terutamanya dalam bidang Pengurusan Aset, Pengurusan Fasiliti, Penilaian dan Perundingan. Beliau juga pernah berkhidmat selama tujuh tahun bekerja di sektor swasta.

Sebelum menyertai UJ, Khalid adalah penasihat dalaman bagi Pengurusan Danaharta Nasional Berhad yang kemudiannya dikenali sebagai Prokhas Sdn Bhd. Khalid pernah menjadi Pengurus Projek untuk beberapa projek termasuk pentadbiran jualan, penyewaan dan pengurusan kemudahan projek PPR di bawah Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT) dan cadangan penubuhan Akta Perbadanan Pengurusan Perumahan Awam Negara.

Laili Azura Ibrahim

Ketua Kewangan

Kelayakan Akademik:

Laili memiliki Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari Universiti Teknologi MARA. Beliau juga merupakan ahli Institut Akauntan Malaysia (MIA).

Pengalaman:

Laili kini mengetuai Jabatan Kewangan. Beliau adalah sebahagian daripada pasukan perintis UJ di mana beliau bertanggungjawab ke atas fungsi kewangan dan perbendaharaan UJ. Beliau juga merupakan ahli Jawatankuasa Eksekutif Pengurusan.

Sebelum menyertai UJ, Laili berkhidmat sebagai Pegawai Kanan Kewangan di Utusan Melayu Malaysia Berhad selama lebih 25 tahun. Beliau mempunyai pengalaman luas dalam fungsi berkaitan kewangan dan perakaunan. Beliau bertanggungjawab untuk mengekalkan kawalan dalaman dan fungsian ke atas semua proses kewangan firma. Beliau juga berkhidmat dalam jawatankuasa audit dan risiko anak-anak syarikat UJ.

Laili merupakan ahli Lembaga Pengarah UJ Hotels & Resorts Management Services Sdn Bhd.

Ahmad Aidi Asyraff Ahmad Noruddin FCCA

Ketua Kewangan Korporat

Kelayakan Akademik:

Asyraff memperoleh Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari Universiti Teknologi MARA. Beliau adalah Ahli Fellow Association of Chartered Certified Accountants (FCCA).

Pengalaman:

Kini berkhidmat sebagai Ketua Kewangan Korporat di Urusharta Jamaah, Asyraff juga merupakan ahli Jawatankuasa Eksekutif Pengurusan. Dengan gabungan pengalaman lebih sedekad dalam bidang kewangan, nasihat perniagaan dan audit luaran, Asyraff membawa pelbagai kepakaran buat syarikat.

Sebelum berkhidmat di UJ, Asyraff berkhidmat sebagai Akauntan di Deleum Berhad, penyedia perkhidmatan minyak dan gas. Dalam kapasiti ini, beliau menguruskan hal kewangan untuk segmen medan minyak, bekerjasama rapat dengan semua unit perniagaan untuk meningkatkan keuntungan dan menyelaraskan pengurusan kos.

Asyraff memulakan kerjayanya pada 2013 dengan Deloitte, sebuah firma audit Big Four. Sepanjang tempoh perkhidmatannya, beliau bekerja dengan pasukan audit kewangan, menjalankan audit untuk banyak syarikat tersenarai awam dan multinasional.

Azrul Yahaya

Ketua Operasi

Kelayakan Akademik:

Azrul berkelulusan dari Universiti Teknologi MARA dengan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Perbankan Islam dan Diploma Analisis Pelaburan.

Pengalaman:

Azrul kini merupakan Ketua Operasi Urusharta Jamaah. Beliau adalah sebahagian daripada pasukan perintis UJ yang bertanggungjawab ke atas operasi aset di bawah pengurusan bernilai lebih RM10 bilion. Beliau juga merupakan ahli Jawatankuasa Eksekutif Pengurusan.

Beliau mempunyai pengalaman luas dalam industri kewangan yang mengkhusus dalam operasi pelaburan, perbendaharaan, penilaian portfolio, pengukuran prestasi,

analisis data dan pelaporan. Sebelum menyertai UJ, beliau adalah Ketua Pengalaman Pelanggan dan Pengurus Operasi Pelaburan Hong Leong Asset Management. Sebelum ini, beliau bekerja dengan Royal Bank of Canada Investor & Treasury Services sebagai Pengurus Perakaunan Dana yang berkhidmat untuk wilayah Dublin.

Azrul kini menganggotai Lembaga Pengarah Datasonic Group Berhad sebagai Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif.

Muhammad Syahmi Ruhaizat

Ketua Pengurusan Strategik

Kelayakan Akademik:

Syahmi berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Ekonomi Perniagaan) dari Universiti Teknologi MARA dan menamatkan pengajian Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Perniagaan Lestari) dari Universiti Pusat Pendidikan Antarabangsa dalam Kewangan Islam (INCEIF).

Pengalaman:

Syahmi kini merupakan Ketua Pengurusan Strategik di Urusharta Jamaah. Beliau mengetuai strategi & pemantauan UJ serta hal ehwal korporat dan merupakan ahli Jawatankuasa Eksekutif Pengurusan.

Beliau memulakan kerjayanya sebagai associate dalam sebuah syarikat pemula (start-up company) yang berpangkalan di United Kingdom, di mana beliau bertanggungjawab untuk cerapan pasaran dan operasi.  Sejak itu, beliau menjadi salah seorang ahli perintis Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di mana beliau telah berkhidmat dalam Perkhidmatan Korporat dan Projek Khas. Sebelum menyertai UJ, beliau merupakan Penolong Khas kepada Pengarah Eksekutif Kumpulan sebuah syarikat Rolling Stock tempatan.

Wan Mohamad Faris Syahmi Mohd Nazaruddin

Ketua Tadbir Urus, Risiko & Pematuhan

Kelayakan Akademik:

Faris memiliki Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Pengangkutan dan Diploma Pengajian Perniagaan (Pengangkutan) dari Universiti Teknologi MARA.

Beliau ialah Pengurus Risiko Kelestarian bertauliah dari Institute of Enterprise Risk Practitioners (IERP) dan kini sedang mengikuti program pensijilan Pegawai Integriti Bertauliah dengan Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia.

Pengalaman:

Faris kini berkhidmat sebagai Pemangku Ketua Jabatan Tadbir Urus, Risiko dan Pematuhan UJ. Beliau bertanggungjawab dalam menyelia proses Pengurusan Risiko, Tadbir Urus, Pematuhan, dan fungsi Integriti UJ.

Beliau membawa lebih tujuh tahun pengalaman mantap sebagai pengamal risiko dengan kepakaran dalam Pengurusan Risiko Perusahaan, Pengurusan Risiko Kewangan, Pengurusan Risiko Operasi dan Pengurusan Kesinambungan Perniagaan.

Faris juga mempunyai latar belakang profesional yang pelbagai kerana beliau telah dilatih dan menguruskan pelbagai fungsi sepanjang kerjayanya termasuk fungsi integriti, pematuhan, kesetiausahaan dan paralegal.

Beliau menghabiskan lebih enam tahun dalam industri minyak dan gas, dengan pengalaman dalam kedua-dua sektor huluan dan hiliran.

Sebelum menyertai syarikat itu, Faris berkhidmat di PRefChem (syarikat JV antara PETRONAS dan Saudi Aramco) di mana beliau bertanggungjawab untuk menyelia semakan risiko dan penilaian risiko dalam proses membuat keputusan. Beliau memulakan kerjayanya dengan Velesto Energy Berhad.

BARISAN PENGURUSAN
   
BARISAN PENGURUSAN

STRUKTUR ORGANISASI

Organizational-Structure-bm

1 dato shukri bio

YBhg. Dato’ Mohd Shukri Hussin

Pengerusi, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif

Age: 68

Warganegara: Malaysia

Kelayakan:

Dato’ Shukri adalah lulusan dari Universiti Malaya dengan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dengan Kepujian pada tahun 1978. Pada tahun 1984, beliau mendapat kelayakan sebagai akauntan bertauliah dengan Institute of Chartered Accountants in England and Wales

Pengalaman:

Dato’ Shukri telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Urusharta Jamaah pada 6 Ogos 2020.

Dato’ Shukri pernah berkhidmat sebagai Pengarah Eksekutif CIMB Group Holdings Berhad dari tahun 2006 hingga 2011 dan sebelumnya merupakan Ketua Pegawai Operasi Bumiputera Commerce Holdings Berhad. Beliau juga pernah menyandang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat Malaysia Berhad dari tahun 1999 hingga 2003.

My project-1 (6)

YBhg. Dato' Dr. Amiruddin bin Muhamed

Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif

Age:

Warganegara: Malaysia

Kelayakan:

Dato’ Dr. Amiruddin memiliki Ijazah Doktor Falsafah dalam Perakaunan dan Kewangan dari Durham University di United Kingdom. Beliau juga memiliki Sarjana Ekonomi (Pembangunan Ekonomi) dan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian) dari Universiti Kebangsaan Malaysia

Pengalaman:

Dato’ Dr. Amiruddin telah dilantik sebagai ahli Lembaga Pengarah Urusharta Jamaah pada 20 Mac 2023. Beliau juga dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pencalonan dan Imbuhan.

Dato’ Dr. Amiruddin kini merupakan Setiausaha (Strategik dan Umum) Bahagian Syarikat Pelaburan Kerajaan (GIC) di Kementerian Kewangan (MOF). Beliau memulakan kerjayanya di MOF sebagai Penolong Pengarah di Jabatan Akauntan Negara dan dilantik sebagai Ketua Penolong Setiausaha Kanan apabila berpindah ke Bahagian GIC. Beliau kemudiannya berpindah ke Bahagian Pelaburan Strategik.

Kini, Dato’ Dr. Amiruddin berkhidmat sebagai ahli lembaga pengarah Mass Rapid Transit Corporation Sdn. Bhd., dan Lumut Naval Shipyard Sdn. Bhd.

Datuk Adinan Maning

YBhg. Datuk Adinan Bin Maning

Pengarah Bukan Eksekutif Bebas

Age: 65

Warganegara: Malaysia

Kelayakan:

Datuk Adinan adalah lulusan dari Chartered Institute of Management Accountants (UK).

Pengalaman:

Datuk Adinan telah dilantik sebagai ahli Lembaga Pengarah Urusharta Jamaah  pada 1 September 2019.

Beliau memulakan kerjayanya dengan Bank Bumiputera Malaysia (BBMB) pada awal tahun 80-an. Beliau berkhidmat di BBMB selama 18 tahun dan kemudian berkhidmat di syarikat-syarikat lain yang terlibat dalam pembangunan hartanah, pembinaan, pembuatan, pemulihan, dan pengurusan aset. Beliau dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Bank Simpanan Nasional (BSN) dari tahun 2007 hingga 2017. Sebelum itu, beliau merupakan Pengurus Besar Operasi I di Prokhas Sdn. Bhd.

Semasa berkhidmat di BSN, beliau dilantik sebagai Pengerusi BSNC Corporation Berhad. Beliau juga merupakan ahli lembaga pengarah BSN, Prudential BSN Takaful Berhad, Permodalan BSN Berhad dan Gibraltar BSN Life Berhad. Beliau juga pernah menjadi Presiden World Savings Bank Institute (Asia Pacific) selain berkhidmat sebagai Bendahari Persatuan Badan Berkanun Malaysia dan ahli majlis Association of Development Financial Institution of Malaysia (ADFIM).

Datuk Adinan kini memegang jawatan pengarah di Aeon Credit Service (M) Berhad, di mana beliau juga mengetuai Jawatankuasa Risiko Lembaga.

Dato Othman

YBhg. Dato’ Othman Bin Semail

Pengarah Bukan Eksekutif Bebas

Age: 61

Warganegara: Malaysia

Kelayakan:

Dato’ Othman Semail Semail memegang Diploma dalam bidang Pertanian dan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi Sumber dari Universiti Pertanian Malaysia (UPM), Diploma dalam Pengurusan Awam dari Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Kewangan) dari Universiti Kebangsaan Malaysia.

Pengalaman:

Dato’ Othman telah dilantik sebagai ahli Lembaga Pengarah Urusharta Jamaah pada 7 Mei 2021.

Beliau memulakan kerjayanya pada tahun 1982 dengan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (RISDA) sebagai Penolong Pegawai Pertanian. Selepas berkhidmat di RISDA selama 16 tahun, beliau berpindah ke Kementerian Perusahaan Utama Malaysia sebagai Penolong Setiausaha dari tahun 1998 hingga 2003. Kemudian, beliau berkhidmat sebagai Penolong Pengarah di Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Perdana Menteri selama 2 tahun dari tahun 2003 hingga 2005.

Dato’ Othman memulakan perkhidmatannya dengan Kementerian Kewangan Malaysia pada tahun 2005 sebagai Penolong Setiausaha di Bahagian Perolehan Kerajaan, dan kemudian, dilantik sebagai Penolong Setiausaha Kanan, Ketua Seksyen, Timbalan Setiausaha (Operasi), dan Setiausaha Bahagian (Ketua Bahagian Perolehan Kerajaan). Pada bulan Oktober 2018, beliau dilantik sebagai Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan) sehingga persaraannya pada bulan Mac 2021.

Semasa berkhidmat di Kementerian Kewangan, beliau dilantik sebagai Pengerusi Technology Depository Agency Bhd (TDA) dan Pengerusi SRC International Sdn Bhd. Beliau juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji Properties Sdn Bhd (THP), Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB), Global link (M) Sdn Bhd, anak syarikat MARA, Amanah Raya Development Sdn Bhd, dan Amanah Raya Real Estate Investment serta Ahli Lembaga Pemegang Amanah, Capital Market Development Fund. Beliau turut dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Lembaga Disiplin, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan Ahli Jawatankuasa Dana Eksport Perkhidmatan untuk Geran Kajian Prakebolehlaksanaan, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE). Dato’ Othman juga merupakan Ahli Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Ahli Jawatankuasa Penasihat Pensijilan, IKRAM QA Services Sdn. Bhd., Ahli Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), Ahli Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, dan Setiausaha Kehormat, Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-anggota Kerajaan Malaysia (MKSAKK).

Dato’ Othman kini berkhidmat sebagai Pengerusi UJ Hotels & Resorts Management Services Sdn Bhd dan ahli Lembaga Pengarah JAKS Resources Berhad, dan UJ Estates (Holdings) Sdn Bhd. 

Dato Ir Jauhari

Dato’ Ir. Jauhari Hamidi

Pengarah Bukan Eksekutif Bebas

Age: 64

Warganegara: Malaysia

Kelayakan:

Dato’ Jauhari adalah lulusan dari University College Cardiff, Wales, UK dengan Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Kejuruteraan Awam/Struktur dengan Kepujian. Beliau juga telah mengikuti Program Pembangunan Eksekutif di Universiti Teknologi MARA (UiTM). Beliau kemudian diiktiraf sebagai Jurutera Profesional dengan Board of Engineers (Malaysia) dan merupakan Ahli Korporat di Institute of Engineers Malaysia.

Pengalaman:

Dato’ Jauhari telah dilantik sebagai ahli Lembaga Urusharta Jamaah pada 7 Julai 2021.

Dato’ Jauhari pernah memegang jawatan Pengerusi Battersea Power Station Development Company (BPSDC) dari tahun 2015 hingga 2018. Sebelum itu, beliau berkhidmat di Sime Darby Berhad, dengan memegang pelbagai jawatan dalam beberapa jabatan. Beliau pernah menjadi Pengarah Urusan Sime Darby Property Berhad dari tahun 2016 hingga 2017 dan juga Pengarah Urusan Bahagian Minyak & Sistem Kuasa Gas dari tahun 2010 hingga 2015.

Dato’ Jauhari kini merupakan ahli Lembaga Pengarah Pengurusan Aset Air Berhad dan TPPT Sdn Bhd.

Dato Andri

YBhg. Dato’ Andri Aidham Bin Dato' Ahmad Badri

Pengarah Bukan Eksekutif Bebas

Age: 48

Warganegara: Malaysia

Kelayakan:

Dato' Andri mendapat kelulusan LLB (Kepujian) dari University of Nottingham pada tahun 1988. Pada tahun 1989, beliau telah diterima masuk ke Bar of England and Wales sebagai seorang peguam di Lincoln’s Inn. Beliau juga memiliki Diploma Pascasiswazah dalam Pengajian Islam dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan telah diterima masuk ke Badan Peguam Malaysia pada tahun 1994.

Pengalaman:

Dato’ Andri berkhidmat dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan sebagai Peguam Persekutuan dari tahun 1990 hingga Jun 1994. Beliau kini merupakan rakan kongsi pengurusan di firma guaman Kadir, Andri & Partners dan mengetuai bahagian Perbankan dan Kewangan. Dato’ Andri pernah menjadi ahli Jawatankuasa Semakan Undang-undang mengenai Perbankan dan Kewangan Islam di Bank Negara Malaysia termasuk sub-jawatankuasa kumpulan kerja pasaran modal Islam di Suruhanjaya Sekuriti. Kedua-dua jawatankuasa ini berkaitan dengan mengkaji aspek undang-undang dan peraturan untuk memudahkan dan memajukan undang-undang perbankan dan kewangan Islam.

Dato’ Andri juga mempunyai pengetahuan yang luas dan telah memberi nasihat dalam bidang yang berkaitan dengan tenaga, termasuk cadangan pengeluar tenaga bebas serta tenaga boleh diperbaharui seperti projek solar dan hidro kecil.

Beliau pernah menjadi ahli Lembaga Pengajian untuk ijazah pascasiswazah Sarjana Sains dalam Perbankan dan Kewangan Islam serta ahli Lembaga Pengajian untuk ijazah pascasiswazah Sarjana Sains dalam Pasaran Modal Islam di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Beliau adalah seorang adjudicator berdaftar dalam bidang perbankan Islam dan kewangan serta penimbang tara (arbitrators) di Asian International Arbitration Centre.

Dr Zahar

Dr. Zaharuddin Abdul Rahman

Pengarah Bukan Eksekutif Bebas

Age: 47

Warganegara: Malaysia

Kelayakan:

Dr. Zaharuddin berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Seni (Kepujian) dalam bidang Usuluddin dari Universiti Malaya. Beliau memiliki Ijazah Sarjana dalam Fiqh dan Usul Fiqh dari University of al-Yarmouk, Jordan dan PhD dalam Pengajian Islam dan Kewangan Islam dari University of Wales, Lampeter, United Kingdom. Beliau juga merupakan seorang jurulatih dan pensyarah bertauliah dalam bidang Kewangan Islam dengan Markfield Institute of Higher Education, United Kingdom. graduated with a Bachelor of Arts (Honours) in Usuluddin from the University of Malaya. He holds a Master’s degree in Fiqh and Usul Fiqh from the University of al-Yarmouk, Jordan and PhD in Islamic Studies and Islamic Finance from the University of Wales, Lampeter, United Kingdom. He is also a certified Islamic Finance trainer and lecturer with the Markfield Institute of Higher Education, United Kingdom.

Pengalaman:

Dr. Zaharuddin dilantik sebagai ahli Lembaga Pengarah Urusharta Jamaah pada 27 Ogos 2019.

Profesor Adjung Dr. Zaharuddin Abdul Rahman adalah seorang pakar Syariah dan perniagaan yang berpengetahuan luas, yang telah menyumbang kepada dunia pematuhan Syariah dan industri halal selama lebih 22 tahun. Sumbangannya meliputi pelbagai bidang di arena tempatan, termasuk institusi perbankan dan takaful, syarikat korporat, pendidikan tinggi (universiti & kolej), segmen makanan dan minuman, industri kosmetik, teknologi pendidikan, telekomunikasi, kerajaan Malaysia & syarikat berkaitan kerajaan (GLC), serta pengawal selia Malaysia (BNM & Suruhanjaya Sekuriti Malaysia).

Kepakaran beliau dalam pematuhan Syariah dan halal telah membolehkan beliau secara aktif berkongsi pengetahuan pentingnya di peringkat antarabangsa, meliputi negara-negara seperti Singapura, Brunei, Arab Saudi, Qatar, Bahrain, Trinidad dan Tobago, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Pada masa ini, beliau adalah Pengarah Urusan Pengasas Kumpulan Syarikat Elzar, Elzar Shariah Solutions Sdn. Bhd, Myclass Technologies Sdn. Bhd, Aalim Aulad Islamic Preschool, Zaz Software Sdn Bhd, Urban Mobilitiy Asia, dan sebuah Syarikat solar PV, Suria and Sonne Sdn. Bhd. Beliau juga kini pernah berkhidmat sebagai Penasihat Syariah di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan perunding Syariah di BNM. Kini berkhidmat sebagai Penasihat Syariah di EPF Islamic, MARA, PUNB, Zurich Takaful dan Profesor Adjung di Fakulti Perniagaan dan Perakaunan Universiti Selangor (UNISEL) dan Fakulti Muamalat dan Perbankan Islam di Universiti Islam Sultan Sirajuddin (UNISIRAJ), seperti yang beliau berkhidmat sebelum ini di Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA).

Beliau pernah berkhidmat di Pensyarah Kanan di Kuliyyah of Economics and Management Sciences IIUM selama 10 tahun. Sebelum itu bertugas di Ingress Corporation Berhad dan RHB Islamic Bank  Berhad, Malaysia sebagai Pengurus Kanan Syariah & Pembangunan Produk, dan kemudian, menyertai Asian Finance Bank Berhad sebagai Ketua (Naib Presiden) Pematuhan Syariah. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai ahli Lembaga Pengarah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM). Kini, Dr. Zaharuddin memainkan pelbagai peranan sebagai ahli lembaga Moovby, dan juga Penasihat Perniagaan Aisprop Holdngs Berhad dan The Noor Apps.

Didi Syafruddin

YBrs. Encik Didi Syafruddin Yahya

Pengerusi, Panel Pelaburan

Age: 53

Warganegara: Indonesia

Academic Qualifications:

Encik Didi is a Fellow Chartered Accountant at the Institute of Chartered Accountants in England and Wales, United Kingdom. He holds a Master of Arts from the University of Cambridge, United Kingdom.

Working Experience:

Encik Didi is a member of UJ’s Investment Panel since 2020 and was appointed as Chairman on 28 May 2021.

Encik Didi started his banking career with Morgan Grenfell & Co. in London after qualifying as a Chartered Accountant. He also worked for J.P. Morgan in Indonesia and Malaysia for more than 20 years, where his last position was as the Managing Director and Head of Investment Banking at J.P. Morgan Malaysia.

He is currently serving as an Independent Non-Executive Director of CIMB Group Holdings and is also the President Commissioner of PT Bank CIMB Niaga Tbk.

My project-1 (6)

YBhg. Dato' Dr. Amiruddin bin Muhamed

Ahli, Panel Pelaburan

Age:

Warganegara: Malaysia

Academic Qualifications:

Dato’ Dr. Amiruddin holds a Doctor of Philosophy in Accounting and Finance from Durham University in the United Kingdom. He has a Master of Economics (Economic Development) and Bachelor of Accounting (Hon.) from Universiti Kebangsaan Malaysia.

Working Experience:

Dato’ Dr. Amiruddin Muhamed was appointed as a member of the Board of Directors of Urusharta Jamaah on 20 March 2023. He was also appointed as the Chairman of the Nomination and Remuneration Committee.

Dato’ Dr. Amiruddin is currently the Secretary (Strategic and General) of the Government Investment Companies (GIC) Division of the Ministry of Finance (MOF). He began his career at MOF as the Assistant Director at the Accountant General Department and rose through the ranks when he moved to the GIC Division and became the Senior Principal Assistant Secretary. Later, he moved to the Strategic Investment Division.

Currently, Dato’ Dr. Amiruddin serves on the boards of Malaysia Development Holdings Sdn Bhd, Mass Rapid Transit Corporation Sdn. Bhd, Malaysia Programme Office For Power Electricity Reform Corporation, Sinergi Perdana Sdn Bhd, Suria Strategic Energy Resources Sdn Bhd, SRC International Sdn Bhd, and Railway Assets Corporation. Previously, Dato’ Dr. Amiruddin had served on the board of Export-Import Bank of Malaysia Berhad.

Dato Sheridan

YBhg. Dato’ Mohd Sheridan Bin Ramli

Ahli Panel Pelaburan

Age: 48

Warganegara: Malaysia

Academic Qualifications:

Dato’ Sheridan graduated from Chapman University, California, USA with a Bachelor of Business Administration. He holds a Master of Business Administration from The University of Nottingham, UK.

Working Experience:

Dato’ Sheridan was appointed as a member of the Investment Panel of Urusharta Jamaah in 2020.

Dato’ Sheridan was Director of Dealing & Special Assignments at K & N Kenanga Berhad, currently known as Kenanga Investment Bank Berhad from 1996 to 2006. He then became the Deputy President/Chief Executive Officer from 2006 to 2010. He is proficient in Financial Services and Wealth Management. His areas of expertise include Risk Management, Fund Raising and Corporate Strategic Planning. 

Azian Kassim

YBrs. Puan Azian Kassim

Ahli Panel Pelaburan

Age:

Warganegara: Malaysia

Academic Qualifications:

Puan Azian is a fellow member of the Association of Chartered Certified Accountants (FCCA), United Kingdom and a Chartered Accountant of the Malaysian Institute of Accountants (MIA) - CA (M).

Working Experience:

Puan Azian was appointed as a member of the Investment Panel of Urusharta Jamaah on 14 June 2021.

Previously, Puan Azian was the Chief Investment Officer of Syarikat Takaful Malaysia Berhad. Prior to that, she was the Chief Investment Officer of Maybank Investment Management Sdn Bhd from 2004 to 2007.

Puan Azian began her career as an auditor and has extensive experience in fund management and capital market. Currently, she sits on the Board of Perak Transit Berhad as an Independent Non-Executive Director, where she is also a member of the Audit, Nomination & Remuneration Committee. Further, Puan Azian is also a member of the Board of Directors of MRT Corporation Berhad, where she also chairs its Risk & Audit Committee.

1 dato shukri bio

YBhg. Dato’ Mohd Shukri Hussin

Ahli, Panel Pelaburan

Age: 68

Warganegara: Malaysia

Academic Qualifications:

Dato’ Shukri graduated from the University of Malaya with a Bachelor of Economics with Honours in 1978. In 1984, he qualified as a chartered accountant with the Institute of Chartered Accountants in England and Wales.

Working Experience:

Dato’ Shukri was appointed as a member of the Investment Panel in 2020.

Dato’ Shukri served as an Executive Director of CIMB Group Holdings Berhad from 2006 to 2011 and was previously the Chief Operating Officer of Bumiputera Commerce Holdings Berhad. He had also been the Chief Executive Officer of Bank Muamalat Malaysia Berhad from 1999 to 2003.