MANDAT KAMI

MANDAT KAMI

Urusharta Jamaah (UJ) bertanggungjawab untuk memulihkan, menstruktur semula dan menjana aset yang dipindahkan kepada UJ. Selain itu, UJ perlu menebus Sukuk Murabahah kepada Lembaga Tabung Haji (LTH) dalam tempoh masa yang ditetapkan. Kami berusaha untuk mengurangkan dan meminimumkan komitmen kewangan Kerajaan.

Penstrukturan dan Pemurniaan Aset

Pengurusan portfolio aset yang strategik dengan memanfaatkan peluang di pasaran dan mengambil keputusan pelaburan relevan yang merangkumi perdagangan, pemegangan dan penjualan aset.

Memaksimumkan Nilai Pemulihan Aset

Meminimumkan kemungkinan gangguan pasaran dan memaksimumkan nilai pemulihan aset melalui kerjasama erat dengan rakan kongsi, dan sentiasa responsif terhadap keadaan pasaran yang dinamik.

Menyusun Semula dan Meneruskan Operasi Aset

Menjalankan penstrukturan komprehensif berdasarkan tadbir urus yang baik untuk meneruskan operasi dan melancarkan prestasi aset yang diperoleh.

Tebus Semua Instrumen Kewangan

Kurangkan komitmen kewangan Kerajaan dengan penebusan Sukuk tepat pada masanya sepanjang mandat bertempoh 10 tahun.
RANCANGAN PENYELAMATAN

Tanpa perpindahan aset berprestasi rendah kepada UJ, LTH akan terus terdedah kepada risiko yang akan mengehadkan keupayaan untuk menjana pulangan kompetitif kepada pemegang taruh mereka. 

2018

-RM10.9 Bil

Defisit

short-arrow-blue

2019

-RM9.8 Bil

Defisit

PEMETRAIAN RANCANGAN PENYELAMATAN

Tiga (3) Perjanjian Pemindahan Aset telah dipersetujui antara UJ dan LTH. Perjanjian-perjanjian tersebut membolehkan UJ untuk mengambil alih aset yang berprestasi rendah dan membolehkan LTH untuk menambah baik kedudukan kewangannya.

Perjanjian Perpindahan

3 Perjanjian Pindahan Aset

106

ekuiti tersenarai

1

syarikat perladangan tidak tersenarai

29

hartanah

Lembaga Tabung Haji Menerima

Sukuk Siri 1

7 Tahun

Kupon Sifar
Hasil 4.05% setahun

Nilai nominal:

RM13.20 Bil

Sukuk Siri 2

10 Tahun

Kupon Sifar
Hasil 4.10% setahun

Nilai nominal:

RM14.35 Bil

Tunai

RM300 Juta

MENINGKATKAN DAN MENYEMPURNAKAN NILAI ASET

UJ aktif memulihkan dan menstruktur semula portfolio aset. Kami menyasar untuk membentuk pelaburan kukuh yang dapat merangsang portfolio kami secara menyeluruh.

building-icon
RM 0 Bil

Nilai Pasaran Hartanah di bawah Pengurusan pada 31 Disember 2020

circle-icon
RM 7.3 Bil

Nilai Pasaran Ekuiti pada 31 Disember 2021

building-arrow
RM 0 Bil

Nilai Pindahan Aset

hand-building
> 0

Menguruskan lebih daripada 25 hartanah di seluruh negara.

PENGURUSAN STRATEGIK BAGI KELESTARIAN PERNIAGAAN

UJ berhasrat untuk membangunkan suatu portfolio kepelbagaian pelaburan yang dapat bertahan terhadap keadaan pasaran yang sentiasa berkembang dan secara berterusan menjana pulangan yang lestari dengan meningatkan niai bersih asetnya.

Semenjak pemindahan aset pada tahun 2018, UJ telah melaksanakan beberapa inisiatif dan rancangan untuk membangunkan portfolio yang lebih berdaya tahan seperti:

  • Menyusun semula portfolio pelaburan dengan melabur semula dalam kaunter patuh Shariah yang mempunyai asas kukuh dan juga dalam sektor pertumbuhan tinggi seperti utilisi, perkhidmatan penjagaan kesihatan, telekomunikasi, dan perkhidmatan pembuatan. UJ akan terlibat secara aktif dalam peluang penawaran awam yang baru dan meletakkan dirinya sebagai salah satu daripada pelabur asas.
  • Membangunkan suatu rangka kerja tadbir urus yang mantap melalui pelaksanaan garis panduan dan Prosedur Operasi Standard (Standard Operating Procedure atau SOP) untuk meningkatkan ketelusan.
  • Bekerjasama dengan pengurus dana luaran (external fund manager atau EFM) untuk menguruskan bahagian portfolio ekuiti kami, dan dengan demikian dapat mempelbagaikan risiko kami dan mengukuhkan pemindahan pengetahuan.
  • Memulihkan aset dengan terus melabur dan meningkatkan nilai aset harta kami
  • Memulakan perjalanan untuk menerima pakai analisis Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (Environmental, Social and Governance atau ESG) dalam proses membuat keputusan kami, dengan memberi fokus kepada syarikat yang mempunyai kelayakan ESG yang kukuh.
strategy

PENGURUSAN STRATEGIK
UNTUK KEMAMPANAN PERNIAGAAN

Pelan Strategik 10 Tahun Syarikat telah dibangunkan untuk melaksanakan mandat yang diamanahkan kepada UJ oleh kerajaan. Dalam perkara ini, lima (5) teras strategik telah diperkenalkan untuk menjalankan perniagaan, iaitu Strategi Pertahanan, Pengoptimuman Pulangan, Penebusan Tahunan, Pengewangan Aset dan Strategi Keluar.

Selanjutnya, kami telah menubuhkan kerangka strategik kami sendiri yang dikenali sebagai G.O.L.F. Ia ditubuhkan sebagai kompas syarikat untuk memberi panduan kepada Syarikat-syarikat Strategik kami untuk meningkatkan keuntungan menembusi pasaran.