UJ-Logo-White
UJ-Logo
logo-uj-blue
logo-uj-blue
  • UTAMA
  • KORPORAT
    • Tentang Kami
    • Barisan Pengurusan
  • MANDAT KAMI
  • TADBIR URUS
  • PENGURUSAN HARTANAH
    • Peluang Perniagaan
    • Penyewaan
  • MEDIA & ARTIKEL
    • Siaran Media & Pengumuman
    • Artikel Berita
    • Galeri
  • HUBUNGI KAMI
    • Maklumat Perhubungan
    • Kerjaya
Menu
  • UTAMA
  • KORPORAT
    • Tentang Kami
    • Barisan Pengurusan
  • MANDAT KAMI
  • TADBIR URUS
  • PENGURUSAN HARTANAH
    • Peluang Perniagaan
    • Penyewaan
  • MEDIA & ARTIKEL
    • Siaran Media & Pengumuman
    • Artikel Berita
    • Galeri
  • HUBUNGI KAMI
    • Maklumat Perhubungan
    • Kerjaya
Search
Close
Search
Close
  • B.Malaysia
    • English

Professional Team

   
KEPIMPINAN
   
KEPIMIPINAN
    OUR LEADERS

BARISAN PENGURUSAN

Abdul Majeed K Kunheen
Ketua Pegawai Eksekutif

Mohamed Fairuz Kamilan
Ketua Pegawai Pelaburan

Khalid Mohd Amin
Ketua Pengurusan Hartanah

Laili Azura Ibrahim
Ketua Kewangan

Ahmad Aidi Asyraff Ahmad Noruddin FCCA
Ketua Kewangan Korporat

Azrul Yahaya
Ketua Operasi

Muhammad Syahmi Ruhaizat
Ketua Pengurusan Strategik

Wan Mohamad Faris Syahmi Mohd Nazaruddin
Ketua Tadbir Urus, Risiko & Pematuhan

Abdul Majeed K Kunheen

Ketua Pegawai Eksekutif

Kelayakan:

Majeed memegang Ijazah Sarjana Muda Perdagangan (Perakaunan) dari University of New South Wales, Australia. Beliau adalah Felo dari Institute of Chartered Accountants in Australia and New Zealand.

Pengalaman:

Majeed mempunyai pengalaman selama lebih 28 tahun dalam bidang kewangan di dalam and luar negara. Beliau memulakan kerjayanya bersama KPMG, Melbourne pada tahun 1994. Selepas 3 tahun, Majeed menyertai PETRONAS dan telah memegang beberapa jawatan dengan Kumpulan PETRONAS. Jawatan terakhir beliau semasa di PETRONAS ialah sebagai Ketua Pegawai Kewangan, PETRONAS Lubricants International dari Disember 2010 hingga April 2015.

Pada Mei 2015, Majeed menyertai syarikat QSR Brands (M) Holdings Sdn. Bhd., sebagai Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan, dimana beliau memegang jawatan tersebut hingga April 2018. Sebelum menyertai UJ, beliau merupakan seorang Pengarah Kewangan dan Strategi Korporat di Icon Offshore Berhad sebelum dilantik sebagai Pengarah Operasi (Kapal) pada Disember 2021.

Kini, Majeed memegang jawatan sebagai Pengarah di syarikat subsidiari UJ iaitu UJ Hotels & Resorts Management Services Sdn Bhd dan UJ Estates (Holdings) Sdn Bhd.

Mohamed Fairuz Kamilan

Ketua Pegawai Pelaburan

Kelayakan Akademik:

Fairuz memiliki Ijazah Sarjana Muda Perniagaan (Perancangan Kewangan) dari RMIT University, Australia dan mempunyai lebih 16 tahun pengalaman bekerja yang diperolehnya sejak 2006.

Pengalaman:

Sebelum menyertai UJ, Fairuz berkhidmat dengan AIIMAN Asset Management dan AHAM Asset Management selama 10 tahun, menguruskan dana untuk entiti berkaitan kerajaan dan dana pencen.

Fairuz memulakan kerjayanya sebagai pelatih pengurusan dengan HSBC, sebelum menyertai Khazanah Nasional Berhad pada 2008.

Khalid Mohd Amin

Ketua Pengurusan Hartanah

Kelayakan Akademik:

Khalid lulus dari Universiti Teknologi Malaysia dan memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Pengurusan Hartanah. Beliau juga merupakan Pengurus Hartanah berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta (LPPEH) dan merupakan Ahli Graduan Institution of Surveyor, Malaysia (ISM).

Pengalaman:

Khalid kini merupakan Ketua Pengurusan Hartanah Urusharta Jamaah. Beliau juga merupakan ahli Jawatankuasa Eksekutif Pengurusan.

Khalid mempunyai lebih 28 tahun pengalaman dalam industri hartanah terutamanya dalam bidang Pengurusan Aset, Pengurusan Fasiliti, Penilaian dan Perundingan. Beliau juga pernah berkhidmat selama tujuh tahun bekerja di sektor swasta.

Sebelum menyertai UJ, Khalid adalah penasihat dalaman bagi Pengurusan Danaharta Nasional Berhad yang kemudiannya dikenali sebagai Prokhas Sdn Bhd. Khalid pernah menjadi Pengurus Projek untuk beberapa projek termasuk pentadbiran jualan, penyewaan dan pengurusan kemudahan projek PPR di bawah Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT) dan cadangan penubuhan Akta Perbadanan Pengurusan Perumahan Awam Negara.

Laili Azura Ibrahim

Ketua Kewangan

Kelayakan Akademik:

Laili memiliki Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari Universiti Teknologi MARA. Beliau juga merupakan ahli Institut Akauntan Malaysia (MIA).

Pengalaman:

Laili kini mengetuai Jabatan Kewangan. Beliau adalah sebahagian daripada pasukan perintis UJ di mana beliau bertanggungjawab ke atas fungsi kewangan dan perbendaharaan UJ. Beliau juga merupakan ahli Jawatankuasa Eksekutif Pengurusan.

Sebelum menyertai UJ, Laili berkhidmat sebagai Pegawai Kanan Kewangan di Utusan Melayu Malaysia Berhad selama lebih 25 tahun. Beliau mempunyai pengalaman luas dalam fungsi berkaitan kewangan dan perakaunan. Beliau bertanggungjawab untuk mengekalkan kawalan dalaman dan fungsian ke atas semua proses kewangan firma. Beliau juga berkhidmat dalam jawatankuasa audit dan risiko anak-anak syarikat UJ.

Laili merupakan ahli Lembaga Pengarah UJ Hotels & Resorts Management Services Sdn Bhd.

Ahmad Aidi Asyraff Ahmad Noruddin FCCA

Ketua Kewangan Korporat

Kelayakan Akademik:

Asyraff memperoleh Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari Universiti Teknologi MARA. Beliau adalah Ahli Fellow Association of Chartered Certified Accountants (FCCA).

Pengalaman:

Kini berkhidmat sebagai Ketua Kewangan Korporat di Urusharta Jamaah, Asyraff juga merupakan ahli Jawatankuasa Eksekutif Pengurusan. Dengan gabungan pengalaman lebih sedekad dalam bidang kewangan, nasihat perniagaan dan audit luaran, Asyraff membawa pelbagai kepakaran buat syarikat.

Sebelum berkhidmat di UJ, Asyraff berkhidmat sebagai Akauntan di Deleum Berhad, penyedia perkhidmatan minyak dan gas. Dalam kapasiti ini, beliau menguruskan hal kewangan untuk segmen medan minyak, bekerjasama rapat dengan semua unit perniagaan untuk meningkatkan keuntungan dan menyelaraskan pengurusan kos.

Asyraff memulakan kerjayanya pada 2013 dengan Deloitte, sebuah firma audit Big Four. Sepanjang tempoh perkhidmatannya, beliau bekerja dengan pasukan audit kewangan, menjalankan audit untuk banyak syarikat tersenarai awam dan multinasional.

Azrul Yahaya

Ketua Operasi

Kelayakan Akademik:

Azrul berkelulusan dari Universiti Teknologi MARA dengan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Perbankan Islam dan Diploma Analisis Pelaburan.

Pengalaman:

Azrul kini merupakan Ketua Operasi Urusharta Jamaah. Beliau adalah sebahagian daripada pasukan perintis UJ yang bertanggungjawab ke atas operasi aset di bawah pengurusan bernilai lebih RM10 bilion. Beliau juga merupakan ahli Jawatankuasa Eksekutif Pengurusan.

Beliau mempunyai pengalaman luas dalam industri kewangan yang mengkhusus dalam operasi pelaburan, perbendaharaan, penilaian portfolio, pengukuran prestasi,

analisis data dan pelaporan. Sebelum menyertai UJ, beliau adalah Ketua Pengalaman Pelanggan dan Pengurus Operasi Pelaburan Hong Leong Asset Management. Sebelum ini, beliau bekerja dengan Royal Bank of Canada Investor & Treasury Services sebagai Pengurus Perakaunan Dana yang berkhidmat untuk wilayah Dublin.

Azrul kini menganggotai Lembaga Pengarah Datasonic Group Berhad sebagai Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif.

Muhammad Syahmi Ruhaizat

Ketua Pengurusan Strategik

Kelayakan Akademik:

Syahmi berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Ekonomi Perniagaan) dari Universiti Teknologi MARA dan menamatkan pengajian Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Perniagaan Lestari) dari Universiti Pusat Pendidikan Antarabangsa dalam Kewangan Islam (INCEIF).

Pengalaman:

Syahmi kini merupakan Ketua Pengurusan Strategik di Urusharta Jamaah. Beliau mengetuai strategi & pemantauan UJ serta hal ehwal korporat dan merupakan ahli Jawatankuasa Eksekutif Pengurusan.

Beliau memulakan kerjayanya sebagai associate dalam sebuah syarikat pemula (start-up company) yang berpangkalan di United Kingdom, di mana beliau bertanggungjawab untuk cerapan pasaran dan operasi.  Sejak itu, beliau menjadi salah seorang ahli perintis Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di mana beliau telah berkhidmat dalam Perkhidmatan Korporat dan Projek Khas. Sebelum menyertai UJ, beliau merupakan Penolong Khas kepada Pengarah Eksekutif Kumpulan sebuah syarikat Rolling Stock tempatan.

Wan Mohamad Faris Syahmi Mohd Nazaruddin

Ketua Tadbir Urus, Risiko & Pematuhan

Kelayakan Akademik:

Faris memiliki Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Pengangkutan dan Diploma Pengajian Perniagaan (Pengangkutan) dari Universiti Teknologi MARA.

Beliau ialah Pengurus Risiko Kelestarian bertauliah dari Institute of Enterprise Risk Practitioners (IERP) dan kini sedang mengikuti program pensijilan Pegawai Integriti Bertauliah dengan Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia.

Pengalaman:

Faris kini berkhidmat sebagai Pemangku Ketua Jabatan Tadbir Urus, Risiko dan Pematuhan UJ. Beliau bertanggungjawab dalam menyelia proses Pengurusan Risiko, Tadbir Urus, Pematuhan, dan fungsi Integriti UJ.

Beliau membawa lebih tujuh tahun pengalaman mantap sebagai pengamal risiko dengan kepakaran dalam Pengurusan Risiko Perusahaan, Pengurusan Risiko Kewangan, Pengurusan Risiko Operasi dan Pengurusan Kesinambungan Perniagaan.

Faris juga mempunyai latar belakang profesional yang pelbagai kerana beliau telah dilatih dan menguruskan pelbagai fungsi sepanjang kerjayanya termasuk fungsi integriti, pematuhan, kesetiausahaan dan paralegal.

Beliau menghabiskan lebih enam tahun dalam industri minyak dan gas, dengan pengalaman dalam kedua-dua sektor huluan dan hiliran.

Sebelum menyertai syarikat itu, Faris berkhidmat di PRefChem (syarikat JV antara PETRONAS dan Saudi Aramco) di mana beliau bertanggungjawab untuk menyelia semakan risiko dan penilaian risiko dalam proses membuat keputusan. Beliau memulakan kerjayanya dengan Velesto Energy Berhad.

urus harta jamaah logo white

UJ ialah sebuah syarikat pemilikan pelaburan dan pengurusan aset yang dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan (Diperbadankan), dengan mandat untuk menstruktur semula dan memurnikan aset yang dipindahkan pada tahun 2018.

Alamat

Level 28, MOF INC. Tower,
No. 9, Persiaran KLCC,
Kuala Lumpur,
50088 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Tel: 03-2022 5556
Fax: 03-2022 5501

Pautan Pantas

  • KORPORAT
  •  Tentang Kami
  •  Barisan Pengurusan

  • MANDAT KAMI

  • TADBIR URUS SYARIKAT

  • PENGURUSAN HARTANAH
  •  Peluang Perniagaan
  •  Penyewaan
  • MEDIA & ARTIKEL
  •  Siaran Media & Pengumuman
  •  Artikel Berita
  •  Galeri

  • HUBUNGI KAMI
  •  Maklumat Perhubungan
  •  Kerjaya
  • B.Malaysia
    • English

© 2021 Urusharta Jamaah Sdn Bhd 201801045610 (1307642-V). All Rights Reserved. Terms and Conditions.
This site is best viewed with a screen resolution of 1920 x 1080 pixels, and is also mobile responsive.

Menu
  • UTAMA
  • KORPORAT
    • Tentang Kami
    • Barisan Pengurusan
  • MANDAT KAMI
  • TADBIR URUS
  • PENGURUSAN HARTANAH
    • Peluang Perniagaan
    • Penyewaan
  • MEDIA & ARTIKEL
    • Siaran Media & Pengumuman
    • Artikel Berita
    • Galeri
  • HUBUNGI KAMI
    • Maklumat Perhubungan
    • Kerjaya
Open toolbar Accessibility Tools

Accessibility Tools

  • Increase TextIncrease Text
  • Decrease TextDecrease Text
  • GrayscaleGrayscale
  • High ContrastHigh Contrast
  • Negative ContrastNegative Contrast
  • Reset Reset