TENTANG KAMI

TENTANG KAMI

   

TENTANG KAMI

TANGGUNGJAWAB KAMI

Urusharta Jamaah (UJ) telah ditubuhkan sebagai sebuah Syarikat Bertujuan Khas (Special Purpose Vehicle atau SPV) dengan misi menyelamatkan aset yang diperoleh daripada Lembaga Tabung Haji pada akhir tahun 2018 serta membangunkan semula kedudukan kewangan entiti berkenaan. Objektif utama kami adalah untuk melaksanakan strategi holistik bagi pemulihan dan pemurnian aset di bawah seliaan kami. Di samping itu, kami juga dipertanggungjawabkan untuk memenuhi kewajipan Sukuk Murabahah yang dilanggan daripada transaksi tersebut.

UJ merupakan sebuah syarikat di bawah Menteri Kewangan (Diperbadankan). Kami telah menetapkan dasar tadbir urus korporat yang teguh dan kerangka operasi yang sistematik bagi memastikan pengurusan portfolio yang berkesan.

Secara amnya, aset kami adalah dalam bentuk ekuiti dan merangkumi 90% portfolio kami, sementara aset selebihnya terdiri daripada hartanah.

VISI

Kami sentiasa cekap terhadap peluang strategik dan potensi risiko di pasaran. Azam kami adalah untuk memberi pertumbuhan yang lestari untuk UJ dan menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.

MISI

Kami berusaha untuk memaksimumkan nilai potensi aset kami melalui inisiatif Penstrukturan Semula, aktiviti Pemeliharaan, dan latihan Tambah Nilai.

NILAI UTAMA

Kami menerapkan nilai utama sebagai panduan untuk mencapai mandat.

core-value-tab-1-v2
core-value-tab-2-v2
core-value-mobile-v2

STRUKTUR KORPORAT

FALSAFAH PELABURAN

Kami melabur secara strategik dalam pelbagai jenis aset patuh Syariah untuk pulangan terlaras risiko. Sebagai langkah ke hadapan, kami memulakan perjalanan untuk menggalakkan penyertaan keatas aset yang patuh Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus ("ESG").

FALSAFAH PELABURAN

Kami turut melibatkan secara aktif semua aset syarikat, pengurus dan penasihat dana luaran yang dilantik bagi mencapai objektif kami.